Minggu, 30 September 2007

Keajaiban Al Quran

Al Quran mengandungi 114 surah diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun iaitu 13 tahun Makkah (1,456 ayat) dan 10 tahun di Madinah (4,780 ayat)>

Al Quran diturunkan kepada Rasulullah untuk disampaikan kepada seluruh umat menerusi tiga peringkat.

Al Quiran diturunkan secara keseluruhannya kesuatu tempat yang dipanggil (Lauhil Mahfuz)

Al Quran dibawa secara keseluruhannya dari Lauhil Mahfuz ke suatu tempat yang dinamakan Baitul Izzah yang terletak dilangit.

Al Quran diturunkan dari Langit dunia kepada Muhammad s.a.,w. menerusi perantaraan malaikat jibrail dan turunnya ayat pertama itu adalah pada 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610.

Selepas disampaikan oleh Rasulullah nas Al Quran dipelihara melalui tiga cara: iaitu hafan, sahabat, mnashkah yang ditulis untuk nabi dan nashkah yang yang ditulis untuk simpanan sahabat.

Rasulullah turut mengulang ayat al Quran dihadapan Jibrail setahun sekali edan pada akhir hayat Baginda, rasulullah khatam Al Quran sebanyak dua kali didepan Jibrail.

Kebanyakkan sahabat Nabi Muhammad yang menghafal Al Quran syahida dalam peperangan ketika menegakkan agama Allah menyebabkan Al Quran perlu dikumpulkan dan dijadikan Sejarah penjilidan Al Quran bermula pada pemerintahan Uthman Affan.

Uthman menubuhkan jawatankuasa khas untuk menjalankan proses pembukuan Al Quran yang diketuai Zaid bin Tsabit selain Abdullah bin Zubair , sai'id 'Ash dan Abdur Rahman bin Harits bin Hisyam.

Jawatankuasa itu mengumpul serta menyalinkan nas Al Quran saehingga dibukukan selain memperoleh lembaran nas yang disalin oleh Abu Bakar as siddiq daripada puterinya Hafsah. Mereka juga menjejak penghafaz Al Quran untuk mendengar hafalan mereka hafalan mereka dan semua hafalan itu ditulis kembali dalam dialek Quraish untuk mengelakkan perbalahan sesama kaum.

Jawatankuasa itu Berjaya menyalin serta menjilidkan lima Al Quran yang dinamakan Al mushhaf dan empat daripadanya dikirimkan ke Makkah, Syria, Basrah dan Kufah untuk disalin. Sebuah lagi Al Quran disimpan untuk kegunaan Uthman dinamakan Mushhaf Al Iman dan selsepas itu, semua lembaran salinan Al Quran yang ditulis sebelum permbukuan dibakar.

Keajaiban Al Quran dapat ditinjau daripada tiga saluran iaitu rahsia ilmu sains, sejarah silam dan penceritaan terhadap peristiwa yang bakal berlaku.

Antara saintis Barat yang menganut Islam selepas mengkaji Al Quran ialah pakar matematik Dr Gary Miller.

Tidak ada komentar: